Your Ad Here

Perjuangan Di Peringkat Perundangan Bermula

Tanggal 28 April 2008, sejarah tercipta di Malaysia apabila rakyat menyaksikan pengambilan sumpah 81 wakil rakyat barisan pembangkang di badan perundangan yang tertinggi di negara kita ini. Nampaknya, segala tohmahan dan ancaman bahawa negara akan huru-hara dan rusuhan antara kaum akan melanda jikalau sesebuah parti pemerintah kehilangan majoriti 2/3 tinggal kerak sahaja.

Sejarah juga tercipta dengan lantikan YB Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail (KeADILan - Permatang Pauh) sebagai Ketua Pembangkang dari kalangan kaum hawa yang pertama di Malaysia. Ternampak jelas daripada perkembangan ini bahawa rakyat Malaysia memang sedia maju ke hadapan walaupun masih ada sekerat-dua yang ingin mengekalkan sikap neo-feudal demi memelihara kepentingan rakus mereka sendiri.

Namun demikian, rakyat Malaysia harus berwaspada kerana masih terdapat pihak-pihak yang tertentu yang cuba mengapi-apikan sentimen ketaksuban kaum dan agama, Ada juga mereka yang tidak tahu apa ertinya malu dan sikap beretika seperti yang jelas kelihatan dalam cubaan memberikan alasan kenapa wang rakyat yang diamanahkan kepada badan-badan amal telah diagihkan kepada badan-badan lain yang tidak berkenaan tanpa sebarang kebertanggungjawapan ataupun accountability.

Dengan barisan pembangkang yang cukup mantap dan kukuh kali ini, saya yakin bahawa nasib rakyat yang selama ini diperlekehkan oleh "wakil-wakil rakyat" di pihak majoriti akan diperjuangkan dan dipertahankan dengan lebih efisien dan berhemat. Memang banyak yang perlu diperbaiki di Malaysia, baik dari segi institusi mahupun dari segi perundangan. Tugas yang dipikul oleh wakil-wakil rakyat Parlimen ke 12 ini amat berat dan saya berharap bahawa mereka semua akan menjalankan tugas mereka dengan perihatin dan sempurna.

Jangan sekali-kali dilupakan bahawa segala kuasa dan keistimewaan yang diberikan kepada wakil rakyat itu sebenarnya datang daripada kerestuan rakyat. Kamu semua dipilih sebagai wakil rakyat dan bukanlah wakil sesuatu kelompok ataupun kaum.

Ke mana arah dan hala tujuan Malaysia di dalam alaf baru ini mungkin terletak didalam tangan segala wakil-wakil rakyat yang baru ini. Saya berdoa supaya harapan yang tertera didalam Pemasyhuran Kemerdekaan negara kita supaya didirikan "sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa" akan termakbul.

Semoga Allah mengurniai kami berkat dan kesejahteraan. Kyrie Eleison.

Buy me a coffeeIf you liked this post, consider buying me some coffee. Suggested price is $1.00 for a cup and $10.00 for a 1 lbs bag (personally I am a big fan of Ethiopian Yirgacheffe).
Posted by Bob K on April 28, 2008 3:42 PM  | Trackback
Categories: Works

digg | spymy | facebook | del.icio.us | netscape | blogs4god

Comments (2)

On May 3, 2008 10:21 PM
Synergy said:

Mengapa Israel prihatin politik Malaysia?

ORANG Melayu yang beragama Islam mesti berwaspada dan hendaklah selalu mengingatkan diri betapa bahayanya mainan Yahudi terhadap umat Islam. Lihatlah negara dan rakyat Palestin bertahun-tahun menderita akibat kekejaman Yahudi. Sebab itu apabila akhbar Israel Jerusalem Post meramalkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia (Anwar Ibrahim: Malaysia‘s Future Prime Minister), saya bukan gusar Anwar menjadi Perdana Menteri, tetapi saya risau jika negara kita diperalatkan Yahudi.

Biasalah kerja akhbar membuat ramalan seperti itu. DAP pun buat ramalan yang sama: “Anwar Prime Minister in the making.” Tetapi yang menimbulkan musykil kenapa daripada beribu-ribu akhbar di dunia, akhbar Yahudi saja yang membuat ramalan? Mengapa daripada sekian banyak pemimpin di dunia, hanya Anwar yang menarik minatnya?Israel sendiri tahu Malaysia adalah salah satu negara Islam yang lantang menentang keras pencerobohan dan penindasan yang dilakukannya ke atas negara dan penduduk Palestin. Apakah dengan membuat ramalan itu sebagai satu daripada cara Yahudi memanipulasi keadaan untuk kepentingannya?

Kita ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku? Apakah ada udang di sebalik batu? Kita harap PKR atau Datuk Seri Anwar sendiri menyatakan pendiriannya.Mungkin mereka akan mengatakan itu adalah kebebasan akhbar. Walaupun alasan itu betul tetapi dalam masa yang sama ia tidak semestinya mengorbankan prinsip. Amerika Syarikat (AS) sebagai sebuah negara super power di dunia boleh tunduk kepada Israel, inikan pula sebuah negara kecil seperti Malaysia tidak mustahil boleh tertiarap di kaki Israel. Yahudi menguasai politik AS bukan baru. Kesemua presidennya mengikut telunjuk Israel. Mereka yang tidak mengikut kemahuan Israel tidak akan dapat bertahan lama sebagai Presiden AS.

Bagi orang Islam Yahudi tetap musuh Islam. Allah S.W.T. memberi penegasan jelas di dalam al-Quran mengenai Yahudi. Jangan hanya kerana kepentingan politik kita tidak mempedulikannya.

Kalaulah ramalan akhbar Israel itu menjadi kenyataan pasti seluruh Malaysia akan memuji ramalan Yahudi itu betul. Dan akhbar Yahudi akan membuat pengiktirafan. Mungkin dalam sejarah Islam, inilah satu-satunya pemimpin yang diiktiraf oleh Yahudi.Semua orang tahu, Islam mengajar umatnya perlu bijak memilih kawan. Kita boleh berkawan dengan orang kafir, tetapi kafir yang bagaimana? Ini perintah Tuhan. Pilihlah kafir yang bersedia untuk bertolak ansur dengan kita. Islam menghalang kita memilih orang kafir menjadi pemimpin kita.

Saya harap andaian saya ini hanyalah satu khayalan. Ini kerana saya berpegang kepada ajaran Islam bahawa Yahudi tetap Yahudi. Sebaik mana pun mereka adalah musuh Islam, bangsa yang dilaknati Tuhan. Saya tidak terfikir ada orang Islam sanggup menggadai maruahnya kepada Yahudi.

Sebenarnya saya masih musykil mengapa akhbar Israel tiba-tiba begitu berminat dengan hal ehwal Malaysia? Saya harap kita tidak tertipu dengan mainan Yahudi. Saya harap Pas patut memberi ulasan mengenainya.Dalam hal ini pemimpin ulama patut memberi nasihat yang betul kepada Anwar. Malah Pas patut memperbetulkan pendiriannya apabila menerima DAP dalam Pakatan Rakyat. Saya tidak perlu menghurai atau memperjelaskan siapa DAP.Semua orang tahu.

Orang Yahudi sedang menunggu saat untuk bertepuk tangan melihat sebuah kerajaan pimpinan orang Islam jatuh di kaki bangsanya sendiri. Mungkin ketika itu orang Melayu akan turut bersorak-sorai memuji, betullah apa yang diramalkan oleh akhbar Yahudi, Jerusalem Post. Semoga kita tidak menang sorak, kampung tergadai.

On May 3, 2008 11:03 PM
Bob K said:

Saya rasa saya patut bersyukur kerana tidak perlu melayan teori konspirasi, paranoia, dan ketaksuban seperti yang diatas apabila berhadapan dengan realiti sosio-politik dinegara saya ni.

Post a comment


Please keep the conversations on this blog civil and bear in mind that there are certain discussion rules and guidelines to consider before commenting. Due to recent abuse, all comments will be marked for review prior to being published.

Disclaimer

If you have been brought to this site due to inflammatory comments on religion, race or other similiar content, please note that there is a sockpuppet going around impersonating me and a few other bloggers. For background, see my posts here, here, here and here.

Sponsored Links

About

This page contains a single entry from the blog posted on April 28, 2008 3:42 PM.

The previous post in this blog was Remembering Rustam Sani.

The next post in this blog is When Can We Start Making Fun Of Our Politicians Openly?.

Many more can be found on the main index page or by looking through the archives.

this weblog is licensed under a creative commons license

powered by
Movable Type 3.36

blog feed
[what is this?]
subscribe by email


hosted by
civicbuilder.net
ekklesia nusantara
blogger for justice

Add to Technorati Favorites